Pada 7hb.November yang lalu para penghuni rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Lembah Subang telah menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, menuntut agar sewa rumah dikurangkan dari RM 250 ke RM 124 semula .
Selama beberapa tahun sewa rumah PPR sememangnya ditetapkan pada RM 124 sebulan satu rumah .Tetapi tiba –tiba sewa ini dinaikkan kepada
Habis, kenapa pulak diteruskan ?? Itu lah persoalan yang ditanya oleh Dr.Nasir serta penduduk PPR sendiri. Sejak bulan Mac , 2008 yang lalu pejabat ADUN menerima banyak aduan daripada penghuni PPR mengenai kenaikan ini . " Ada yang datang meminta bantuan kerana sewa tertunggak sejak tahun 2007 , maksudnya sewa RM 124 juga ada yang tak sanggup bayar ! " kata Dr.Nasir . Sekarang keadaannya lebih teruk dengan kenaikan sewa ke RM 250.
Dr.Nasir telah memajukan isu ini kepada Exco Perumahan , YB Iskandar sejak bulan Jun yang lalu . Kesemua senarai penghuni serta senarai bil tertunggak mereka dilampirkan . Atas hasil perjuangan rakyat,maka MB telah mengumumkan bahawa sewa rumah akan kekal pada RM 124 sebulan untuk semua keluarga berpendapatan kurang daripada RM 1500.
No comments:
Post a Comment